Monday, 19 March 2012

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN CINA

1. Alam Sekitar

     
     Tempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah perkembangan peradaban China. Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. Tapak peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah pasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurun lamanya menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Penemuan benih padi di Lembah Yangzi, di Selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang menunjukkan penanaman padi telah dilakukan secara meluas.
   Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi, yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China.
     Pada asasnya, bahagian timur China menghadap lautan, bahagain barat-laut direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di dunia dengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan sungai mengalir ke arah kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan pergerakkan penduduk, terutamnya para petani untuk menetap di bahagian Selatan China. Hasil dari pola pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga turut beralih ke Selatan China.

2. Bahasa dan sistem tulisan cina

      Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masih digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Ini adalah kerana, walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan tamadunnya.
     Karektar yang digunapakai dalam tulisan cina biasanya berdasarkan kepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi (tulisan Han), lambang petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran (huiyi), dan gabungan bentuk bunyi (xing sheng), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf cina, iaitu ‘mutual semantik transfer’ (zhuanzhu) dan ‘loan character’ (jiajie). Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai ‘six principles of writing’ (liushu).
    Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain terutamanya si Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga Vietman, yang telah mengadaptasi karekter tulisan cina ke dalam bahasa mereka, walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri.

Contoh Sistem Tulisan Cina

3. Pembentukan bangsa Tionghoa

     China merupakan satu negara yang luas dan besar. Penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik dan zaman batu menduduki tiga kawasan utama, iaitu Utara, Tengah dan Selatan.
Menurut para sarjana Cina, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang, kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan China.
     Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama antara bangsa tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya dikalangan bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu).

4. Pandangan semesta dan kepercayaan


     Pandangan animisme merupakan pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina di mana pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan bangsa Yangshao dan Longshan lagi. Selain daripada kepercayaan animisme ini, konsep Tian iaitu langit sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM).
   Tian dalam kontek kepercayaan konfusianisme bermakna prinsip tertinggi dalam alam semesta. Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Asas utama dalam pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusian (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa (xiao). Pujangga agung konfusianisme, Mencius (372 SM –289 SM), berpendapat semasa dilahirkan manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yu), kesusilaan (li) dan kearifan (zhi).
     Dong Zhongshu (179 SM – 104 SM), seorang lagi pujangga konfusianisma di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang menceritakan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud satu pertalian di antara insan dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi amarannya.
    Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. Kitap Daoisme dan Yijing menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.

5. Sistem politik dan pemerintahan

      Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM – 209 SM). Antara aliran pemikiran politik yang penting ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Walaubagaimanapun, Legalisme bermula sebelum dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaan konsep Legalisme telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri dan jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commendaries dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized bureaucractic government). Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan cina.
   Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apa yang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras (wuwei) dan meneruskan kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta.
Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat (shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini adalah kerana ajarannya yang menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan pelantikan pegawai kerajaan berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk dilaksanakan.

6. Kemasukan Islam di Cina

     Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada mengekalkan kuasa di Asia Tengah. Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam tersebar ke negara China:
  • Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua daripada pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam di negeri China. (Jameel Abdullah, present Islamic world, part 2, p.in Saudi Arabia, page. 495, in Arabic) .
  • Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil daripada lawatan tersebut, maharaja China telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994).
  • Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk Islam. (Turkestan Timur adalah sebuah negara merdeka sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai oleh kerajaan komunis China).
  • Dalam tahun 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Al-Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. Namun begitu tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di China. (Abdur-Rauf, 1994).
  • Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou, dan sebagainya (Abdullah, 1994).
  • Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah), Raja Turkestan Timur memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China (Muhyiddin Hasan, 1987).
  • Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkestan Timur dan China.( Abdur-Rauf, 1994).
  • Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa. (Jameel Abdullah).



Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal.
1- Zaman Tang berakhir 907 Masehi
2- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi
3- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi
4- Zaman Ming 1368-1644. Masehi
Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. (Muhyiddin Hasan, 1987).

1 comment: