Tuesday, 27 March 2012

Kepercayaan Naga di dalam sejarah China



Naga, makhluk mitologi paling terkenal di dunia. Seluruh dunia memiliki legendanya masing-masing. Namun tidak bisa disangkal kalau Naga dari legenda Cina adalah yang paling menarik. Mungkinkah makhluk terbang bertubuh ular, bertanduk dan memiliki cakar itu benar-benar ada?


Sejarah negara China telah dimulai sejak ribuan tahun sebelum masehi. Dalam kurun waktu tersebut, para cendikiawan mendokumentasikan setiap peristiwa dalam catatan-catatan yang rapi, termasuk peristiwa terlihatnya naga di berbagai tempat di China.

Namun, peristiwa yang dituangkan ke dalamnya mungkin telah diinterpretasikan berdasarkan pemahaman dan kebudayaan bangsa China masa lampau sehingga sebagian kisah itu terdengar cukup mistis. Namun, kisah lainnya memiliki kemiripan dengan kasus perjumpaan dengan makhluk Cryptid.

Salah satu contoh peristiwa penampakan naga tercatat dalam buku Recording for the Jiaxing Regional Government yang menceritakan kalau pada bulan September 1588, seekor naga berwarna putih terlihat terbang di atas permukaan danau Ping di wilayah Pinghu, propinsi Zhejiang. Cahaya yang keluar dari naga putih tersebut begitu terangnya sehingga menerangi sebagian langit dengan warna merah yang terang benderang.

Dalam buku lainnya, Recording for the Songjiang Regional Government, disebutkan kalau 20 tahun setelah penampakan naga putih di danau Ping itu, seekor naga putih serupa juga terlihat terbang di atas sungai Huangpu di Songjiang, Shanghai. Naga itu terlihat pada bulan Juli 1608. Seorang saksi mata mengaku melihat seorang dewa sedang berdiri di kepala naga itu.

Kesaksian mengenai adanya dewa yang mengendarai naga tersebut adalah contoh kesaksian perjumpaan dengan naga sebagai makhluk spiritual. Di samping itu, ada kesaksian-kesaksian lainnya yang sama sekali tidak menyebutkan adanya dewa atau naga yang terbang. Kesaksian-kesaksian ini terdengar sangat mirip dengan kisah-kisah penampakan makhluk cryptid pada umumnya.

Saturday, 24 March 2012

Isu-Isu Mengenai Tamadun China

  •  Aplikasi matematik di China tradisional adalah dalam seni bina dan geografi. Pi(π) telah dikira oleh ahli matematik Zu Chongzhi sehingga angka ketujuh. Sistem decimal telah digunakan di China seawal abad ke 14 M. Segitiga “Pascal” telah ditemui oleh ahli matematik Liu Ju-Hsieh lebih awal daripada kelahiran Pascal.
  • Kajian dalam cabang sains biologi amat ekstensif, dan rekod sejarah masih digunapakai sehingga ke hari ini, terutama dalam ubatan pokok tradisional.
  • Ubatan Tradisional dan pembedahan amat tinggi pencapaiannya semasa beberapa waktu dalam sejarah, dan dilihat sebagai innovatif dalam sesetengah bidang. Mereka terus memainkan peranan yang penting dalam komuniti perubatan antarabangsa, dan telah diiktiraf dalam beberapa abad kebelakangan ini sebagai terapi alternatif. Satu contoh adalah akupuntur, sekapipun ia dipertikai sesetengah pihak. Akan tetapi, bedah siasat tidak diterima kerana kepercayaan bahawa satu mayat tidak boleh dicabuli. Namun, terdapat ramai doktor yang telah meningkatkan pemahaman am tentang anatomi dengan melanggar peraturan berkenaan pencabulan ini.
  • Alkimia merupakan kimia Taoisme, berlainan dengan kimia moden.
  • Astrologi Cina dan buruj Cina selalu digunakan untuk ramalan.
  • Inovasi ketenteraan termasuk panah dan rakapnya, gas beracun (asap dari biji sawi terbakar), gas pemedih mata daripada serbuk air limau, peta perlindungan untuk merancang pertempuran, layang-layang yang boleh dinaiki, tombak berbakar, roket, ubat bedil, grenad ubat bedil, proto-pistol, pelbagai jenis senapang berkaitan peluru dan meriam.
Demografi China
Jalan Nanjing yang sesak di Shanghai

Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun, Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Sepanjang sejarah China, terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan kemudiannya diasmilisasikan kedalam Bangsa Han atau terus lenyap tampa meninggalkan sebarang kesan. Bangsa Han kemudiannya mengalami lebihan populasi. Pada masa yang sama, ramai di dalam identiti Han ini telah mengekalkan ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri. Bangsa-bangsa asing yang lain juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya, sepagai contoh, menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis Bangsa Manchu yang memerintah pada era Dinasti Qing. Terminologi Zhonghua Minzu merujuk kepada semua rakyat China tampa mengira etnik mereka.

Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak 56 etnik, dengan yang terbesar merupakan Bangsa Han. Jumlah penduduk China adalah 1.3 bilion. Dengan populasi dunia kesemuanya dianggarkan merupakan sebanyak 7.2 bilion, China merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini.

Kurangkan kawalan jumlah kelahiran dan promosi penambahan penduduk semasa era pemerintahan Mao Zedong mewujudkan letupan demografi yang mewujudkan sebanyak 1.3 bilion penduduk pada hari ini. Sebagai tindak balas terhadap masalah ini, kerajaan PRC menjadikan satu polisi kawalan kelahiran, yang secara amnya dikenali sebagai Dasar seorang anak untuk sekeluarga.