Tuesday 20 March 2012

SUMBANGAN TAMADUN CINA

 
Patung Buddha

1. Kesusasteraan dan Kesenian

     Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.
     Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.
     Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik.
     Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan).
     Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika.Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.
     Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).


 Lukisan Tamadun China

2. Sains dan teknologi

     Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi.
     Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
     Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat.
     Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

No comments:

Post a Comment